Sunday, June 7, 2009

Keris Taming Sari

Keris Taming Sari, di namakan begitu mengambil sempena nama tuan asalnya, pendekar tua Majapahit yang bernama Taming Sari. Setelah Taming Sari tewas di tangan Hang Tuah, keris sakti tersebut telah di hadiahkan oleh Perabu Majapahit kepada Hang Tuah. Begitulah asal cerita wujudnya Taming Sari.

Di dalam dunia persilatan dan keris nusantara Malayu, keris Taming Sari adalah salah satu keris yang paling tinggi tarafnya. Hingga ka hari ini, keris Taming Sari merupakan misteri yang belum ada penghujungnya. Ada yang mengatakan keris itu hilang bersama Hang Tuah, Hang Tuah di percayai oleh sesetengah orang tidak mati tetapi hanya ghaib setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk Rajanya. Ada juga yang mempercayai keris itu di lempar oleh Hang Tuah ka Sungai Duyung kerana malu akan kegagalannya meminang sang Puteri. Hingga ka hari ini berbagai andaian telah timbul akan wujudnya Taming Sari. Di Negeri Perak, bawar Hang Tuah pun ada yang menganggapnya Taming Sari! Yang paling terbaru adalah seorang hamba Allah di Gombak yang telah mengistiharkan dirinya Sultan Melaka dan mengaku mempunyai Taming Sari dalam simpanan nya! Wallah Wa'alam...

Tapi mengikut pandai keris, Taming Sari adalah keris picit yang di buat oleh empu tangguh Majapahit. Keris untuk berlawan tepis menepis tidak boleh terlalu panjang atau berat. Keris sebegini biasanya tidak melebihi 12 inchi sahaja panjangnya, dari jenis besi yang ringan dan keris jenis lurus tanpa lok.

Jadi persoalannya sekarang, di mana Taming Sari? Ada juga yang mengatakan bahawa keris Taming Sari telah di hadiahkan oleh Sultan Perak kepada Jeneral Jepun semasa perang dunia kedua untuk mengambil hati pihak Jepun. Ada pula yang mengatakan keris itu telah di jual oleh kerabat di raja Perak kepada British. Dan ada pula yang percaya, kerana kesaktian keris tersebut, dianya boleh ghaib dan menjelma semula dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihatnya di istana Iskandariah.

Namun demikian, dewasa ini ada sebilah keris tangguh Majapahit di tangan keterunan Tun Saban (Tun Saban, yang bergurukan Hang Tuah, adalah anak Tun Perak yang telah menjemput dan menabalkan Raja Muzaffar, anak Raja Melaka yang terakhir, sebagai Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528). Keris pusaka ini betul betul mempunyai ciri ciri keris Taming Sari, panjang nya 12 inci, lurus, keris picit, berbesi nipis, ringan, berulu gading dan berdongkok emas. Munkin kah ia nya Taming Sari yang sebenar??? ...Wallah wa'alam.

1 comment:

  1. Aslmkm Pangeran,

    Orang2 barat bila mereka mula tiba disebelah rantau ini memang berasa sangat musykil dan hairan dengan keupayaan ilmu mempertahankan diri dikalangan masyarakat melayu.

    Banyak perkara yang berlaku yang disaksikan oleh mata kepala mereka sendiri tetapi tidak dapat difahami secara logik. Sebab itulah mat salleh menggelarkan rantau ini sebagai the Mysterious East.

    Saya juga memiliki sebilah keris yang saya warisi terun temurun. Berhulukan gading. Panjangnya hampir 12 inci, nipis tapi agak lebar. Sangat ringan di tangan seolah-olah ia tiada.

    Saya rasa keris ini jika 'dibela' dengan baik tentu mempunyai keistimewaannya tersendiri.

    ReplyDelete