Monday, June 8, 2009

Budaya Pukul Bini

Saya masih teringat akan jiran kami semasa kami tinggal di quarters kerajaan di Port Dickson. Jiran kami itu berbangsa India dan kami memanggilnya Uncle Suppiah dan isterinya Aunty Maggis. Tetapi boleh di katakan tiap2 malam Uncle Suppiah, seorang technical assistant dengan JKR, balik mabuk dan sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga mendengar teriak tangis Aunty Maggis di pukul oleh suaminya. Aunty Maggis pernah juga di tendang oleh suaminya hingga terpelanting jatuh tangga dan patah jari2 tangannya. Walau bagaimana pun, dengan tangisan dan "Ayoyo..." dia merangkak balik ke atas rumah dan memeluk kaki suaminya. Munkin budaya mereka begitu, menganggap suami sebagai 'Tuhan'! Senario yang saya ceritakan disini berlaku dalam awal tahun 70han di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran tinggi.
Tetapi yang menghairankan, dewasa ini senario seperti ini masih wujud lagi dan yang lebih menakjubkan di kalangan mereka yang berpelajaran tinggi dan juga professional. Mengikut cerita yang di sampaikan kepada penulis, budaya pukul bini ini berleluasa terutamanya di kalangan kaum India dan keluarga2 keterunan mamak. Betul atau tidaknya, wallah wualam! Kononnya mereka memukul bini untuk mengajar para isteri mengikut cara hidup dan adat resam keluarga mereka. Tugas isteri hanya untuk melayan suami segalanya dan juga keluarga suami. Si isteri mesti tinggal baik2 di rumah tetapi si suami boleh keluar berpoya2 dengan perempuan lain di luar rumah. Tetapi ada juga perempuan yang rela di perlakukan begitu dan hanya menganggapnya sudah menjadi takdir mereka. Tetapi ada juga yang tak boleh tahan kerana sudah terlalu lama di lempang dan di hina dihadapan anak2, hingga akhirnya membuat laporan polis dan menuntut cerai.
Dan yang paling terbaru saya dengar seorang isteri muda beumur 30 tahun, cantik dan berijazah di perlakukan begitu juga oleh suaminya yang hanya tiga tahun lebih tua daripada nya atas gara2 kewujudan orang ketiga dan pulang rumah di dalam keadaan mabuk. Kalau di kaji semula, mereka berkahwin dulu semuanya atas dasar cinta.
Lelaki yang suka memukul bini, lebih2 lagi di hadapan anak2 adalah bukan lelaki sejati, tidak berpegang kepada tali Allah dan dayus. Para isteri pula, sekiranya di perlakukan begitu jangan bertangguh lagi tetapi sepatutnya dengan segera membuat laporan Polis. Saya rasa tidak ada suami yang betul2 sayangkan isterinya yang sanggup memukul dan menyakiti isterinya. Bukan kah para isteri itu amanah Allah? Sekiranya di pukul dan di hina, sang isteri sepatutnya sedar lah diri, tiada budaya sebegini di dalam Islam, sudah tiada lagi cinta di hati suami dan patut segera bertindak untuk cabut! Wassalam.

2 comments:

  1. Aslmkm Pangeran,

    Di P.D. pada tahun2 60an ada sebuah kedai todi. Setiap hujung bulan pada masa itu kedai todi ini akan penuh, sibuk melayan pelanggan sehinggan tak tertangankan.

    Kedai todi itu jenis kedai terbuka dan berperabutkan hanya meja panjang dan bangku panjang di sebelah kiri dan kanannya. Saya tidak pernah pula meniliti berapa buah meja dan berapa banyak bangku yang disediakan tetapi memanglah hiruk dan pikuk pada setiap hujung bulan.

    Umum tahu siapa yang minum todi dan umum tahu apa akibatnya bila orang-orang ini mabuk. Satu pekan P.D. akan kedengaran pertengkaran dan tunggang-langgang kaki-kaki todi ini.

    Mungkin bila sudah kehabisan wang dan ketagihan todi tidak dapat dipuaskan mereka melepaskan geram dengan memukul isteri apabila balik ke rumah.

    Nasib baik kedai todi itu tidak dibenarkan berniaga lagi. Saya rasa ramai dari kalangan isteri-isteri kaki todi ini menarik nafas lega apabila suami2 mereka tidak lagi mabuk todi.

    ReplyDelete
  2. Lelaki yang pukul bini kebanyakkannya adalah anak-anak yang mana bapa mereka adalah kaki pukul bini juga. Yang pastinya sikap ganas ini bukan saja terbendung dirumah, ianya boleh dilihat dari karektor lelaki-lelaki ini, yang cepat marah, kerap menggunakan bahasa kasar dan kesat.

    Saya pernah diberitahu oleh seorang isteri professor, seorang konsultan engineer, bahawa suaminya bukan saja memukulnya, malahan menampar, menendang, dan juga meludah ke mukanya. Malang sekali, wanita itu masih bersama suaminya itu......

    Bukan nak kata apa, memang suami wanita itu berketurunan india....mamak.

    ReplyDelete